Tanpa disedari, hanya tinggal dua hari lagi. Walaupun pada mulanya amatlah berat rasanya nak hadiri kursus ini, da lah cuti penggal, permulaan puasa pula tu. Tapi dari hari pertama kursus, pembelajaran SUNGGUH SYIOK!!! Macam-macam ada... BLOG...POWERPOINT...PICASA...GMAIL...4Shared... fuuuuhhhh, pendek kata semuanya baru dan menarik pula. Ilmu yang dicurahkan oleh Cikgu Mazlan Hassan ini amat bermanfaat. Sesungguhnya alam teknologi ini semangnya canggih.
Berbaloi rasanya hadir ke sini, walaupun perjalanannya... mak ai...jauh beb, da tertido, bangun semula pun masih belum sampai. Ku harap modul-modul yang seterusnya akan sama seronok atau lebih seronok dari ini. Sekalung budi untuk guru-guru yang sentiasa sabar melayan kerenah kami. Syukran Jazillan. Semua Allah membalas jasa-jasamu
Friday, September 5, 2008
Wednesday, September 3, 2008
Lawa kan kita....
Ini lah teman-teman seperjuangan menempuh ranjau dan duri demi untuk memperoleh segulung diploma NIE!
Ola~
Detik sejarah bermula pagi yang dingin dengan terciptanya blog ini. Satu lagi wadah buat luahan hati, yang ku pelajari dalam langkahku menimba ilmu. Walaupun payah, tapi kerana obor semangatku terus menyala dan membara, ku teruskan jua. Segala ilmu yang ku timba ini bukan sahaja akan ku junjung, malah akan ku pikul dan ku kelek. Akan ku kaup segala ilmu yang senantiasa melimpah ruah.
Namun ku tahu perjalanan ini tidak mudah. Moga Allah memberikan ku kekuatan dan ketabahan hati ...
Namun ku tahu perjalanan ini tidak mudah. Moga Allah memberikan ku kekuatan dan ketabahan hati ...
Subscribe to:
Comments (Atom)

